MAKE MONEY BY SHARING[Click here]

Sunday, March 27, 2011

Kepentingan Tali Pinggang Keledar a.k.a Seat Belt

Kebanyakan di Malaysia, penggunaan tali pinggan keledar masih belum mencapai tahap yang memuaskan..entah apa sebabnya untuk tidak memakai seat belt...even kepada safety personnel pun ada yang tidak memakai seat belt...pening juga dibuatnya bile melihat...

Tetapi keadaan ini akan terus berubah sekiranya ada polis dihadapan yang tengah syok buat road block. Semua cepat-cepat pakai.

Tapi yang malangnya, bile melihat agensi penguatkuasa sendiri yang tidak menggunakannya.

Di sini, menunjukkan KITA masih belum mencapai tahap kesedaran terhadapa penggunaan seat belt. Kita menggunakan seat belt hanya takut pada polis atau seangkatan dengan nya bukan untuk keselamatan pada diri sendiri.

Ini kisah benar dari kawan yang telah berkunjung ke Australia, pemandu teksi/ pemandu persendirian tidak akan memandu sekiranya anda atau penumpang tidak menggunakan seat belt. Kalau salah statement ini, sila bagitahu. Disini, menunjukkan kesedaran terhadap keselamatan bukan takut kepada polis.

No comments:

Post a Comment